Isnin, 10 Ogos 2020
KAJIAN TINDAKAN
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
BACHELOR OF TEACHING
(PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS
HBEF2503
RESEARCH METHODS IN EDUCATION
SEMESTER MEI
2015
MOHD ASRUN BIN AG LAH
NO MATRIK :
SUPERVISOR
EN AZHAR BIN ARIFFIN
KERTAS KERJA
CADANGAN KAJIAN
TINDAKAN
KERTAS KERJA CADANGAN
KAJIAN TINDAKAN
1.0
PENDAHULUAN
Alhamdulillah, segala puji-pujian diatur kepada Allah S.W.T.
atas peluang untuk menyiapkan kertas
kerja cadangan kajian tindakan bagi subjek HBEF2503 Kaedah
Penyelidikan Dalam Pendidikan bagi Semester Mei 2015. Akhirnya siap juga kertas kerja walaupun dalam
kesibukan harian, namun itulah tugas sebagai seorang guru yang inginkan
kecemerlang anak didik dalam pembelajaran. Kertas kerja ini dianggap sebagai
serampang dua mata selain menyelesaikan tugasan yang diberi ia juga dapat di
adaptasikan kepada anak didik di sekolah. Ucapan terima kasih tidak terhingga
buat pensyarah atau tutor saya En Badli Esham Ahmad
yang memberi penerangan bagi subjek ini dan ribuan terima kasih kepada
pensyarah atau supervisor saya iaitu En Azhar Bin Ariffin yang memberi tunjuk
ajar disepanjang saya menyiapkan kertas kerja cadangan kajian tindakan ini. Ahkir
kata saya memohon kemaafan di atas segala bicara jikalau ada terkasar bahasa dan
juga budi baik para pensyarah dan sahabat yang telah banyak memmberi idea yang
membolehkan saya menyiapkan kertas kerja ini dengan baik.
1.1 PENGENALAN
Saya adalah seorang guru di sebuah sekolah di daerah
Jerantut Pahang. Sekolah Kebangsaan Felda Kota Gelanggi 2 nama sekolah tersebut
dan merupakan sekolah pertama saya dari mula mengajar pada tahun 2005 hingga
kini. Sekolah ini terletak di kawasan felda iaitu Felda Kota Gelanggi 2 dan
jarak antara sekolah ke Bandar Jerantut lebih kurang 50km dan jarak dari
sekolah ke Bandar Pusat Jengka lebih kurang 25km. Namun sekolah ini terletak
dalam daerah Jerantut Pahang.
Majoriti pelajar dari mula saya bertugas adalah
tergolong dari cucu peneroka di mana jumlah pelajar di sekolah ini hanya tidak
kurang 350 orang dari dulu hingga kini. Masyarakat peneroka disini kebanyakannya
terdiri dari pelbagai negeri dan bukannya anak jati Pahang sahaja. Lebih kurang
95% adalah melayu dan selebihnya India.
Pada hari pertama melapor diri, saya telah dimaklumkan
oleh Guru Besar bahawa saya akan mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pengajian Sains. Jika mengikut opsyen saya adalah Pengajian Sains, mungkin
disebabkan kekurangan guru dalam bidang pendidikan Jasmani ini saya telah
diminta untuk mengajar matapelajaran tersebut. Sebenarnya saya amat meminati
matapelajaran Pendidikan Jasmani kerana saya adalah seorang atlit sejak dari
sekolah hingga ke Institut Perguruan dalam pelbagai jenis sukan.
Sejak saya mula ditawarkan mengajar
matapelajaran Pendidikan jasmani dari tahun 2005 hingga sekarang, saya telah
dilantik oleh pihak sekolah sebagai jurulatih pasukan bola sepak sekolah
sehingga sekarang dan saya juga merupakan jurulatih bola sepak daerah Jerantut
bagi murid bawah 12 tahun. Sejak saya memegang jawatan jurulatih bola sepak
sekolah, Sekolah Felda Kota Gelanggi 2 ini telah menjadi Johan sebanyak 4 kali
dalam pertandingan dalam Zon dan 5 kali bagi pertandingan antara zon dalam
daerah Jerantut.
Tidak dinafikan kebanyakan murid lelaki di sekolah ini
amat menggemari permainan bola sepak manakala bagi murid perempuan, mereka
mengemari permainan bola jaring yang merupakan kebitaraan sukan sekolah ini.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membentuk murid melalui sesi
P&P yang akan membantu membentuk dan meningkatkan kemahiran motor murid.
1.2 REFLEKSI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Murid-murid tahun 4 saya amat aktif di dalam
permainan bola sepak dan mereka sering bermain bola sepak di padang yang
terletak berdekatan dengan sekolah. Setiap kali saya memasuki kelas mereka,
mereka meminta agar saya mengajar tentang kemahiran bola sepak sewaktu sesi
P&P dan saya mendapati bahawa permainan bola sepak terkandung di dalam
sukatan pelajaran Tahun 4. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mengajar kemahiran
bola sepak semasa sesi P&P memandangkan semua murid di dalam kelas Tahun 4
Ibnu Rusyd ini majoritinya lelaki dan hanya 3 orang sahaja pelajar perempuan.
Dalam sesi pengajaran saya di bawah tunjang
kemahiran yang bertajuk permainan dan sub tajuknya 2.1.2 Bola Sepak, saya
mengajar tentang kemahiran tendangan leret yang digunakan untuk menghantar bola
kepada rakan yang berdekatan. Daripada pemerhatian saya, mereka dapat
menghantar bola kepada rakan namun teknik yang mereka gunakan masih kurang
tepat dan ini menyebabkan hantaran mereka kurang tepat ke kaki rakan yang
menunggu untuk menyambut hantaran.
“
hantaran menjadi kurang tepat kepada rakan kerana teknik yang digunakan kurang
tepat dan ini melambatkan pergerakan rakan.” (Nota Lapangan, 4/5/2015)
Bagi membantu murid-murid ini, saya melakukan
demonstrasi bagaimana melakukan tendangan leret yang betul untuk menghantar
bola kepada rakan. Saya menggunakan ansur maju daripada statik ke bergerak dan
daripada pemerhatian saya, murid-murid ini akan bermasalah apabila melakukan
tendangan leret secara bergerak. Oleh itu, saya lebih banyak menekankan ansur
maju sepanjang sesi P&P tersebut dan dibantu dengan permainan kecil yang
meneguhkan lagi ansur maju yang telah dilakukan.
Pada sesi pengajaran saya yang seterusnya, saya
mengajar murid-murid tahun 4 Ibnu Rusyd ini bagaimana untuk menyerkap bola.
Kemahiran ini memerlukan murid untuk menghantar bola kepada rakan dalam jarak
dekat dan sederhana. Semasa murid menjalankan aktiviti, saya mendapati bahawa
tendangan leret yang digunakan untuk menghantar bola kepada rakan masih lagi
menggunakan teknik yang salah dan hantaran menjadi kurang tepat. Ini
menyukarkan rakan untuk menyerkap bola dengan baik. Oleh itu, saya lebih
menggunakan permainan kecil berkumpulan dalam sesi pengajaran kali ini untuk
memberi mereka ruang untuk berinteraksi sesama sendiri dan pada masa yang sama,
mempelajari teknik yang betul daripada rakan sebaya mereka yang mengetahui
teknik tendangan leret yang betul kerana murid lebih selesa untuk berinteraksi
dengan rakan yang sebaya dengan
mereka.
“hantaran
murid kurang tepat kepada rakan kerana teknik tendangan leret yang digunakan
adalah kurang tepat. ( Nota Lapangan, 6/5/2015)
Mengajar adalah proses penyebaran ilmu pengetahuan
dan kemahiran dalam sesuatu bidang. Tujuannya ialah supaya pelajar dapat
mempelajari, menguasai dan meningkatkan proses pembelajaran dengan baik (Gagne,
Briggs & Wager, 1992). Guru seharusnya berusaha ke arah merangsang minat
pelajar untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Usaha tersebut
memerlukan guru menyampaikan konten pelajaran dan menggunakan pelbagai strategi
mengajar yang bermakna dan berkesan.
Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
berkesan jika pendekatan dan strategi pengajaran yang sesuai digunakan. (Wee
Eng Ho, 2009). Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu
disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian
isi pelajaran itu.
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU
KEPRIHATINAN
Fokus kajian saya adalah meningkatkan kemahiran
tendangan leret dalam menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam
kaki dan menilai sejauh mana keberkesanan kaedah latih tubi dapat membantu
murid untuk menguasai kemahiran tendangan leret dalam menghantar bola kepada
rakan menggunakan bahagian dalam kaki.
2.1 ISU KAJIAN
Salah satu tunjang dalam Pendidikan Jasmani ialah
Kemahiran dan di dalam tunjang ini, kemahiran yang diajar adalah kemahiran
daripada sukan-sukan utama di Malaysia seperti bola sepak, sofbol, hoki dan
lain-lain lagi. Kemahiran yang diajar ini adalah sebagai ransangan kepada murid
untuk lebih meminati dan menceburkan diri di dalam sukan-sukan yang diajar di sekolah.
Salah satu
sukan yang kemahirannya diajar di sekolah ialah bola sepak. Bola sepak
merupakan sukan yang paling popular di Malaysia dan dimainkan hampir di seluruh
pelusuk negara tidak mengira umur, jantina dan warna kulit. Ketika saya mengajar
kemahiran dalam bola sepak untuk murid kelas Tahun 4 Ibnu Rusyd, saya mendapati
satu masalah adalah hantaran kepada rakan menggunakan tendangan leret. Teknik
tendangan leret yang digunakan adalah kurang tepat dan bola yang dihantar
kepada rakan seringkali tersasar dan tidak tepat kepada rakan yang menunggu
untuk menyerkap bola. Masalah ini mungkin sekali berlaku kerana murid
beranggapan bahawa menggunakan tendangan leret untuk melakukan hantaran kepada
rakan sudah cukup tanpa perlu memikirkan ketepatan dan teknik yang betul untuk
melakukannya.
Dalam
menyelesaikan masalah ini, pengkaji menggunakan kaedah latih tubi yang dibantu
kaedah ansur maju perlakuan untuk membentuk teknik yang betul daripada asas.
Teknik yang hendak dibentuk ialah teknik tendangan leret untuk menghantar bola
kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki. Penggunaan latih tubi dan ansur
maju dalam sesi Pendidikan Jasmani diharap dapat membantu untuk membentuk
teknik perlakuan yang dikehendaki dan sekaligus meningkatkan penguasaan
kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan
bahagian dalam kaki. Oleh itu, penggunaan pelbagai deria yang ada pada murid
amat berguna untuk membentuk teknik perlakuan yang betul di kalangan murid.
2.2 TINJAUAN DAN ANALISIS
MASALAH
Daripada
pemerhatian yang saya lakukan sepanjang sesi pengajaran di dalam kelas, saya
melihat kesilapan yang ketara pada teknik perlakuan murid-murid tahun 4 ini
adalah menggunakan bahagian atas kaki untuk melakukan tendangan leret kepada
rakan.
Gambar
1 : Teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan
yang salah yang dilakukan oleh murid.
Gambar
2 : Teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan yang salah
dilakukan oleh murid.
Teknik
perlakuan tendangan leret yang betul untuk menghantar bola kepada rakan adalah
menggunakan bahagian dalam kaki kerana ianya lebih tepat dan lebih mudah.
Gambar
3 : Teknik Tendangan Leret yang betul.
Instep
kick is more precise than the toe kick in an unstressed movement
(
huddlestone & huddlestone, 2003)
Teknik perlakuan untuk tendangan leret yang tepat akan memberikan pasukan ruang
bagi menguasai perlawanan kerana hantaran yang dilakukan kepada rakan akan
tepat kepada rakan dan rakan yang menerima hantaran akan dapat menyerkap
hantaran dengan mudah dan tepat. Tendangan leret yang menggunakan bahagian
dalam kaki akan menambahkan ketepatan hantaran dan pada masa yang sama, akan
menambah peluang pasukan untuk menjaringkan gol.
The
ability to make short passes within a confined space is an important skill for
successful players. Accurate passing is important for maintain possession and
for setting up goal scoring opportunities. (Ermanno Rampinini,2008)
Tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki merupakan teknik menghantar
bola kepada rakan yang paling tinggi ketepatannya jika dibandingkan menggunakan
bahagian atas kaki dan bahagian dalam kaki. Untuk mengajar murid-murid sekolah
teknik yang betul, teknik tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki
adalah teknik yang paling sesuai dan paling mudah untuk diajar kepada murid.
The
inside of the foot is used to move the ball with accuracy a short to moderate
distance. This pass is the most important pass and should be used often, so
give your players plenty of opportunities to practice it frequently.
(Lindsay
Blom & Tim Blom, 2009)
Selain daripada teknik yang betul menggunakan
bahagian dalam kaki, anggota tubuh badan yang lain turut memainkan peranan
dalam memastikan tendangan leret yang dilakukan tepat kepada rakan yang
menunggu. Kebanyakan murid menggunakan kaki kanan untuk menendang bola dan
perlakuan ini hendaklah diikuti dengan kedudukan postur badan yang betul
seperti postur pinggang (pelvis) dan kaki dominan yang betul untuk menghasilkan
tendangan leret yang baik dan tepat kepada rakan. Dengan gabungan antara teknik
kaki yang tepat dibantu dengan postur badan yang baik, tendangan leret untuk
menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki akan menjadi
semakin baik dan ketepatan hantaran akan meningkat.
To
impact the ball with the medial aspect of the foot in the pass kick, the player
orients the pelvis, the right leg, and the foot more toward the right and
introduces a medial component of foot velocity. (J Levanon, J Dapena,1998)
Pelaksanaan teknik yang betul hendaklah dibantu
dengan permainan bersyarat atau permainan kecil yang akan membantu bukan sahaja
meningkatkan minat murid untuk menyertai sesi latihan malah akan turut
membentuk perlakuan yang betul ketika murid melakukan aktiviti. Model permainan
kecil dan permainan bersyarat yang boleh digunakan ialah menggunakan model
“Teaching Games For Understanding (TGFU) approach” yang diperkenalkan oleh
Bunker & Thorpe pada tahun 1982. Di dalam model ini, terdapat beberapa
permainan ubahsuai yang direka khusus untuk membantu murid.
1. ‘Game
Sense’ (den Duyn, 1997),
2. ‘Games
for Understanding’ (Bunker & Thorpe, 1982),
3. ‘Play
Practice’ (Launder, 2001)
4. ‘Games
Concept Approach’ (Wright, Fry, McNeill, Tan, Tan & Schemp, 2001, cited in
Light, 2003).
Permainan
ubahsuai dan permainan kecil mampu memberi impak yang baik kepada peneguhan
teknik perlakuan yang ingin dilihat daripada murid. Di samping murid bermain,
murid akan dapat untuk mempelajari teknik perlakuan yang betul dengan gembira
dan tidak tertekan untuk mencapai perlakuan yang dikehendaki.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN /
SOALAN KAJIAN
Tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan
menggunakan bahagian dalam kaki di dalam permainan bola sepak merupakan
kemahiran yang penting untuk dikuasai kerana di dalam bola sepak, hantaran
tepat kepada rakan adalah amat penting bagi mengekalkan penguasaan bola dan
merencana taktikal serangan. Kemahiran ini hendaklah dikuasai menggunakan
teknik perlakuan yang betul dan akan memberi hasil hantaran yang baik.
Oleh itu, Kajian Tindakan bertujuan untuk
meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran guru dan pada masa yang sama,
meningkatkan penguasaan murid di dalam kemahiran yang diajar. Dalam konteks
kajian ini, kajian tindakan akan menjadi peluang bagi guru untuk meningkatkan
amalan pengajarannya dalam kemahiran tendangan leret ini kepada murid-murid dan
memperbaiki sebarang masalah pembelajaran yang timbul semasa sesi pengajaran.
3.1 OBJEKTIF UMUM
KAJIAN
i.
Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang pentingnya mempelajari teknik yang
betul bagi meningkatkan teknik tendangan leret bola sepak.
ii.
Meningkatkan pencapaian sekolah dalam kejohanan Bola Sepak Pembangunan
Bawah 10 Tahun Daerah Jerantut yang akan datang dengan menguasai kemahiran
tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam
kaki untuk diaplikasikan sewaktu pertandingan.
3.2 OBJEKTIF
KHUSUS KAJIAN
i.
Meningkatkan kebolehan dan kemahiran pelajar dalam melakukan teknik tendangan
leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki.
ii.
Mempertingkatkan amalan pengajaran guru dalam mengajar kemahiran ini untuk
membolehkan murid-murid memahami teknik tendangan leret yang betul dan membuat
hantaran yang tepat kepada rakan.
iii.
Meningkatkan penglibatan dan kemahiran murid melalui kaedah pengajaran kemahiran
yang kreatif dan inovatif.
3.3 PERSOALAN KAJIAN
i. Sejauh
manakah kaedah latih tubi dapat membantu meningkatkan kemahiran tendangan leret
untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki ?
ii. Sejauh
manakah teknik tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dapat
meningkatkan ketepatan hantaran bola kepada rakan?
iii. Sejauh
manakah kaedah latihan “mike-style” dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran
tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam
kaki ?
iv. Sejauh
manakah pencapaian murid apabila diuji selepas tempoh rawatan selesai?
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan saya ini ialah
10 orang yang terdiri daripada pemain Pasukan Bola Sepak Pembangunan Bawah 10
yang merupakan pemain pasukan bola sepak B sekolah ketika kejohanan Bola Sepak
Peringkat Zon antara sekolah yang lalu. Murid ini telah diuji ketika sesi
pengajaran Pendidikan Jasmani dan mereka melakukan teknik tendangan leret untuk
menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki yang kurang tepat
walaupun sudah ditunjukkan oleh guru dan mereka sendiri telah diajar
menggunakan kaedah ansur maju sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.
Murid-murid ini akan menjadi subjek kajian kepada kaedah latih tubi yang
dirangka dan perintis kepada kaedah latihan “mike-style”.
BIL |
NAMA |
UMUR |
JANTINA |
1 |
Amar
Qayyum Bin Nordin |
10
Tahun |
Lelaki |
2 |
Amir
Zakwan Bin Rohaizat |
10
Tahun |
Lelaki |
3 |
Muhammad
Bahri bin M. Nazeri |
10
Tahun |
Lelaki |
4 |
Megat
Ikmal Haris Bin Mohd Zaid |
10
Tahun |
Lelaki |
5 |
Adly
Hakimie Bin Mohd Asrul |
10
Tahun |
Lelaki |
6 |
M.
Kamrulzaman Bin M. Zuki |
10
Tahun |
Lelaki |
7 |
Amin
Ameruddin Bin Ruslim |
10
Tahun |
Lelaki |
8 |
M.
Hakimi Hakim Bin M. Naser |
10
Tahun |
Lelaki |
9 |
Akmal
Danish Bin Abdul Wahid |
10
Tahun |
Lelaki |
10 |
Danial
Haris Bin Afzainizam |
10
Tahun |
Lelaki |
Rajah
1 : Senarai nama kumpulan sasaran
5.0 PERANCANGAN
PELAKSANAAN KAJIAN
Dalam melaksanakan kajian ini, saya perlu merancang
dengan rapi perancangan yang saya mahu lakukan agar saya tidak terlepas pandang
sebarang perkara yang mungkin akan merencatkan kajian saya nanti. Oleh itu,
adalah penting bagi saya mengenalpasti dan merancang terlebih dahulu
langkah-langkah tindakan tentang bagaimana untuk membantu mengatasi masalah
murid-murid ini dan menganalisis data nanti.
5.1 PERANCANGAN
LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
Langkah-langkah tindakan yang telah saya rancang dan
akan saya laksanakan ini adalah berasaskan kepada 2 bahagian iaitu ;
i.
Pengajaran
teknik perlakuan yang betul.
Di dalam pengajaran teknik
perlakuan yang betul, saya akan menggunakan beberapa kaedah yang akan membantu
saya untuk mengajar teknik perlakuan yang betul. Kaedah yang digunakan adalah
untuk menggunakanteknik tendangan leret secara ‘L’ bagi meningkatkan
penguasaan kemahiran yang baik dan membuat hantaran kepada rakan yang lebih
tepat.
ii. Latih tubi
Latih tubi yang dikembangkan
menjadi beberapa aktiviti untuk menjadi pengisian langkah-langkah tindakan yang
akan dijalankan.
a.
Ansur Maju
Ansur maju amat penting dalam
membentuk teknik perlakuan tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan
bahagian dalam kaki yang betul di kalangan murid-murid ini. Ansur maju ini akan
membentuk perlakuan yang betul seperti di bawah :
v Kedudukan
bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan
hampir
lurus. Mata memandang bola.
v Ayunkan
kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan
sedikit
ke hadapan. Kaki sokongan dibongkokkan sikit.
v Tendang
di bahagian tengah bola.
v Pastikan
bahagian dalam kaki dan bahagian bawah lutut membentuk huruf ‘L’ sehingga 45
darjah.
v Ikut
lajak selepas melakukan tendangan.
b.
Demonstrasi guru
· Dalam
langkah ini, guru akan menjadi pemudahcara dalam semua aktiviti dengan menjadi
penunjuk cara sebelum murid melakukan sebarang perlakuan teknik yang
dikehendaki. Guru terlebih dahulu akan menunjukkan cara tendangan leret untuk
menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki secara static
menggunakan teknik ‘L’ sebelum bergerak kepada perlakuan yang dinamik dan
bergerak. Sebelum melakukan sebarang demonstrasi, adalah menjadi tanggungjawab
guru untuk memahirkan diri dengan perlakuan yang hendak diajar kepada murid. Namun,
guru boleh meminta murid menjadi penunjuk cara seandainya perlakuan tersebut
mudah difahami oleh murid.
Untuk bahagian latih tubi pula, guru akan
menggunakan satu kaedah latihan yang digunapakai di salah sebuah kelab di
England untuk mengajar pasukan bawah 12 tahun dan 15 tahun. Kaedah
latihan ini telah diubahsuai dan dibentuk agar dapat menarik minat murid untuk
menyertai latihan dan meningkatkan kemahiran tendangan leret mereka. Kaedah
latihan yang diubahsuai ini disesuaikan pula dengan konsep “play practice” yang
terkandung di dalam Model Bunker & Thorpe.
i. Latihan
“mike-style”
Latihan
ini diubahsuai daripada kaedah latihan “passing,receiving and combination play”
yang direka oleh Steffen freund, Jurulatih kelab DFB yang berpengkalan di
England. Latihan yang telah diubahsuai ini lebih memfokuskan kepada hantaran
leret dan perlakuan menggunakan bahagian dalam kaki untuk menghantar bola
kepada rakan. Berikut adalah perincian bagi setiap sesi.
a. Memanaskan badan
– latihan bayangan dinamika.
§ Memanaskan
badan dengan melakukan latihan bayangan tendangan leret untuk menghantar bola
kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki sambil bergerak dan meregangkan
otot-otot utama tubuh badan.
b. Latihan 1 – tendangan leret ke dinding
utk 5 minit
§ Murid
akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki ke dinding
dengan menggunakan bola secara individu untuk 5 minit.
c. Latihan 2
– tendangan leret kepada rakan (berpasangan) utk 5 minit
§ Murid
akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dengan
menggunakan bola secara berpasangan dengan rakan selama 5 minit.
d. Latihan 3
– tendangan leret ke antara 2 kon dalam jarak yang diubah-ubah
§ Murid
akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dengan
menggunakan bola secara individu ke antara 2 kon dalam jarak yang diubah-ubah
bermula dengan 3 meter, 5 meter, 8 meter dan 10 meter.
§ Tempoh
masa latihan 3 ini ialah selama 15 minit
e. Latihan 4
– tendangan leret ke arah satu kon dalam satah lurus
§ Dalam
latihan 4 ini, murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam
kaki dengan menggunakan bola secara individu ke arah kon yang diletakkan dalam
satah lurus pada jarak 3 meter, 5 meter dan 7 meter.
f. Latihan 5 – permainan bersyarat
(diubah-ubah utk setiap sesi)
§ Permainan
bersyarat akan dijalankan secara 1 minggu 1 permainan bersyarat yang
diulang-ulang dalam sesi latihan sehingga lengkap 1 minggu.
§ Permainan
bersyarat akan dijalankan secara berkumpulan.
g. Cooling-down
– tendangan leret perlahan ke arah rakan sambil berjalan perlahan.
§ Murid
akan berjalan perlahan dan melakukan tendangan leret yang perlahan kepada rakan
sambil melakukan kenduran otot. Perlakuan ini sedikit-sebanyak memberi
penekanan kepada tendangan leret walaupun perlahan kerana murid sedang
melakukan kenduran otot waktu ini.
5.2 CARA PENGUMPULAN
DATA
i.
Pemerhatian
· Guru
akan membuat pemerhatian dengan menggunakan rakaman video terhadap penguasaan
kemahiran oleh murid semasa guru mengajar kemahiran untuk setiap sesi. Guru
akan membuat analisis berdasarkan rakaman video tersebut. Guru juga akan
meminta bantuan daripada guru lain yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan
dalam bola sepak untuk turut sama membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru.
ii.
Borang
skor
· Berdasarkan
pemerhatian, guru akan membuat borang skor bagi mengukuhkan lagi pemerhatian
yang dibuat. Borang skor itu akan mengandungi aspek-aspek yang akan dinilai
oleh guru dalam tindakannya.
Nama
Murid |
Teknik
berdiri |
Teknik
menyepak bola |
Ketepatan
hantaran |
Amar
Qayyum Bin Nordin |
|||
Amir
Zakwan Bin Rohaizat |
|||
Muhammad
Bahri bin M. Nazeri |
|||
Megat
Ikmal Haris Bin Mohd Zaid |
|||
Adly
Hakimie Bin Mohd Asrul |
|||
Danial
Haris Bin Afzainizam |
Rajah
1 : Contoh Borang skor penilaian perkembangan murid.
iii.
Nota lapangan
Guru akan menggunakan nota lapangan sebagai catatan
tentang apa yang berlaku semasa sesi latihan murid-murid ini. Nota lapangan ini
juga adalah sebagai salah satu instrumen pemerhatian bagi mengesan kemajuan
murid dan keberkesanan latihan yang direka.
iv. Fotografi
Guru akan menggunakan kaedah ini sebagai alternatif
kepada rakaman video yang dibuat semasa pemerhatian. Fotografi akan menjadi
salah satu bukti yang kukuh untuk mengesan peningkatan penguasaan yang dilakukan
oleh murid. Teknik fotografi ini juga sebagai salah satu pelan kontigensi
sekiranya video yang dirakam tidak dapat dianalisis atas sebab-sebab yang tidak
dapat dielakkan.
5.3 CARA MENGANALISIS
DATA
Data
yang diperolehi akan dianalisis menggunakan teknik menganalisis data
kualitatif. Cara menganalisis data adalah seperti yang ditunjukkan di bawah :
i. Pemerhatian
- Pemerhatian berstruktur seperti borang skor akan dianalisis menggunakan
frekuensi dan peratus melalui senarai semak yang disediakan.
ii. Borang Skor – Borang skor akan
dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus.
iii. Nota Lapangan – nota lapangan pula akan
dianalisis dalam bentuk naratif dengan cara memerihalkan semula apa yang
terdapat pada catatan nota lapangan pemerhatian serta menyebut petikan
perbualan guru-pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (Morrison,
1993).
iv.
Fotografi
– Fotografi dianalisis dalam bentuk naratif atau penceritaan dengan cara
memerihalkan semula apa yang terdapat pada fotografi semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
6.0 PELAN TINDAKAN
PELAKSANAAN KAJIAN
Pelan tindakan untuk kajian tindakan ini adalah
diubahsuai daripada Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis (1988).
Langkah Pertama
: Pengenalpastian Isu dan Masalah
Tinjauan
isu dan masalah yang akan dikaji ialah mengenai kesukaran pelajar menguasai
kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan
bahagian dalam kaki dengan teknik perlakuan yang betul.
Langkah Kedua
: Perancangan Tindakan
Bagi
membantu menangani masalah ini, langkah-langkah tindakan yang hendak diambil
telah dirangka dan dirancang dengan baik.
Langkah Ketiga
: Perlaksanaan Tindakan
Dalam
melaksanakan tindakan, setiap tindakan akan mengikut jadual pelaksanaan kajian
tindakan yang telah dirangka dan akan sentiasa dikemaskini.
Langkah Keempat
: Pemerhatian dan Menganalisis Data
Pemerhatian
akan dilaksanakan sepanjang kesemua sesi latihan murid-murid ini dan pada
penghujung sesi latihan, hasil dapatan data akan diperolehi dan dianalisis.
Langkah Kelima
: Refleksi dan Penilaian
Hasil
dapatan yang diperolehi akan dinilai untuk tindakan penambahbaikan pada masa
akan datang dan untuk tujuan lanjutan kajian pada masa akan datang.
6.1 JADUAL PELAKSANAAN
KAJIAN TINDAKAN
Bil |
Perkara |
Cadangan Tarikh pelaksanaan |
1 |
i. Mengenalpasti masalah murid di
dalam kelas. |
04.05.2015 |
2 |
i. menganalisis nota lapangan. ii. mengenalpasti masalah murid di
dalam kelas. iii. mengenalpasti fokus kajian. |
06.05.2015 |
3 |
i. mengenalpasti kumpulan sasaran. |
11.05.2015 |
4 |
i. menetapkan fokus kajian ii. melakukan tinjauan literatur |
13.05.2015 |
5 |
i. mula menulis kertas cadangan
kajian. ii. merancang langkah tindakan yang
sesuai. iii. merancang cara pengumpulan data. iv. merancang cara menganalisis data. |
18.05.2015 |
6 |
i. melaksanakan tindakan ii. mengumpul data |
25.05.2015 |
7 |
i. analisis data yang diperolehi ii. membuat refleksi kajian |
15.06.2015 |
8 |
i. membuat laporan kajian dan data |
29.06.2015 |
9 |
i. pembentangan laporan kajian |
06.07.2015 |
10 |
i. menjilidkan laporan kajian |
26.07.2015 |
6.2 KOS KAJIAN
Bil |
Bahan
/ item |
Harga
seunit |
Jumlah |
1 |
Kertas
A4 80Gsm |
RM
10.00 x 1 |
RM
10.00 |
2 |
Buku
catatan Nota Lapangan |
RM
3.00 x 1 |
RM
3.00 |
3 |
Comb-binding |
RM
1.50 x 1 |
RM
1.50 |
4 |
Kertas
Warna |
RM
1.00 x 1 |
RM
1.00 |
Jumlah
Keseluruhan |
RM
15.50 |
6.2.1
Kelengkapan/alatan
Kelengkapan atau alatan kajian
seperti bola sepak dan kon diambil dari stor sukan Sekolah Kebangsaan Felda
Kota Gelanggi 2.
7.0
SENARAI RUJUKAN
Buku
Rujukan
Jurnal
/ kajian lepas
1. Comparison
of precision in the toe and instep kick in soccer at high kicking velocities.
L.B. kristensen, T.Bull Andersen and H. Sorensen, department od sport science,
University of Aarhus, Denmark diakses pada 15 Mac 2012.
2. Rampinini
E, Impellizzeri FM, Castanga C, Azzalin, Bravo DF, Wisloff U (2008) Effect of
match-related fatigue on short-passing ability in young soccer
players. Medicine and Science in Sports and Exercise Diakses pada 15 Mac
2012.
3. Abstrak
kajian daripada Comparison of the kinematics of the full-instep and pass
kicks in soccer, J Levanon, J Dapena (1998), Medicine & Science in
Sports & Exercise diakses pada 18 Mac 2012.
4. Teaching
Games for Understanding (TGfU) in primary and secondary physical
education, Paul I. Webb et al (2006), Faculty of education,University of
Wollongong, New Zealand
Laman
Sesawang (Internet)
1. http://peoplelearn.homestead.com/Penyelidikan2/Bab4TINDAKAN2.htmldiakses
pada 14 Mac 2012
Online
Book (Internet)
1. Survival
Guide for Coaching Youth Soccer, Lindsay Blom & Tim Blom, 2009 diakses
pada 20 Mac 2012.