Halaman

Isnin, 10 Ogos 2020

 

KAJIAN TINDAKAN

 

 

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS

 

HBEF2503

RESEARCH METHODS IN EDUCATION

SEMESTER MEI 2015

 

 

 

MOHD ASRUN BIN AG LAH

NO MATRIK : 

 

SUPERVISOR

EN AZHAR BIN ARIFFIN

 

 

 

 

 

 

 

 

KERTAS KERJA

CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

 

 

 

 

 

KERTAS KERJA CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

 

1.0  PENDAHULUAN

 

Alhamdulillah, segala puji-pujian diatur kepada Allah S.W.T. atas peluang untuk menyiapkan kertas kerja cadangan kajian tindakan bagi subjek HBEF2503  Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan bagi Semester Mei 2015. Akhirnya siap juga kertas kerja walaupun dalam kesibukan harian, namun itulah tugas sebagai seorang guru yang inginkan kecemerlang anak didik dalam pembelajaran. Kertas kerja ini dianggap sebagai serampang dua mata selain menyelesaikan tugasan yang diberi ia juga dapat di adaptasikan kepada anak didik di sekolah. Ucapan terima kasih tidak terhingga buat pensyarah atau tutor saya En Badli Esham Ahmad yang memberi penerangan bagi subjek ini dan ribuan terima kasih kepada pensyarah atau supervisor saya iaitu En Azhar Bin Ariffin yang memberi tunjuk ajar disepanjang saya menyiapkan kertas kerja cadangan kajian tindakan ini. Ahkir kata saya memohon kemaafan di atas segala bicara jikalau ada terkasar bahasa dan juga budi baik para pensyarah dan sahabat yang telah banyak memmberi idea yang membolehkan saya menyiapkan kertas kerja ini dengan baik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.1 PENGENALAN

Saya adalah seorang guru di sebuah sekolah di daerah Jerantut Pahang. Sekolah Kebangsaan Felda Kota Gelanggi 2 nama sekolah tersebut dan merupakan sekolah pertama saya dari mula mengajar pada tahun 2005 hingga kini. Sekolah ini terletak di kawasan felda iaitu Felda Kota Gelanggi 2 dan jarak antara sekolah ke Bandar Jerantut lebih kurang 50km dan jarak dari sekolah ke Bandar Pusat Jengka lebih kurang 25km. Namun sekolah ini terletak dalam daerah Jerantut Pahang.

Majoriti pelajar dari mula saya bertugas adalah tergolong dari cucu peneroka di mana jumlah pelajar di sekolah ini hanya tidak kurang 350 orang dari dulu hingga kini. Masyarakat peneroka disini kebanyakannya terdiri dari pelbagai negeri dan bukannya anak jati Pahang sahaja. Lebih kurang 95% adalah melayu dan selebihnya India.

Pada hari pertama melapor diri, saya telah dimaklumkan oleh Guru Besar bahawa saya akan mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Pengajian Sains. Jika mengikut opsyen saya adalah Pengajian Sains, mungkin disebabkan kekurangan guru dalam bidang pendidikan Jasmani ini saya telah diminta untuk mengajar matapelajaran tersebut. Sebenarnya saya amat meminati matapelajaran Pendidikan Jasmani kerana saya adalah seorang atlit sejak dari sekolah hingga ke Institut Perguruan dalam pelbagai jenis sukan.

            Sejak saya mula ditawarkan mengajar matapelajaran Pendidikan jasmani dari tahun 2005 hingga sekarang, saya telah dilantik oleh pihak sekolah sebagai jurulatih pasukan bola sepak sekolah sehingga sekarang dan saya juga merupakan jurulatih bola sepak daerah Jerantut bagi murid bawah 12 tahun. Sejak saya memegang jawatan jurulatih bola sepak sekolah, Sekolah Felda Kota Gelanggi 2 ini telah menjadi Johan sebanyak 4 kali dalam pertandingan dalam Zon dan 5 kali bagi pertandingan antara zon dalam daerah Jerantut.

Tidak dinafikan kebanyakan murid lelaki di sekolah ini amat menggemari permainan bola sepak manakala bagi murid perempuan, mereka mengemari permainan bola jaring yang merupakan kebitaraan sukan sekolah ini. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membentuk murid melalui sesi P&P yang akan membantu membentuk dan meningkatkan kemahiran motor murid.

1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Murid-murid tahun 4 saya amat aktif di dalam permainan bola sepak dan mereka sering bermain bola sepak di padang yang terletak berdekatan dengan sekolah. Setiap kali saya memasuki kelas mereka, mereka meminta agar saya mengajar tentang kemahiran bola sepak sewaktu sesi P&P dan saya mendapati bahawa permainan bola sepak terkandung di dalam sukatan pelajaran Tahun 4. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mengajar kemahiran bola sepak semasa sesi P&P memandangkan semua murid di dalam kelas Tahun 4 Ibnu Rusyd ini majoritinya lelaki dan hanya 3 orang sahaja pelajar perempuan.

Dalam sesi pengajaran saya di bawah tunjang kemahiran yang bertajuk permainan dan sub tajuknya 2.1.2 Bola Sepak, saya mengajar tentang kemahiran tendangan leret yang digunakan untuk menghantar bola kepada rakan yang berdekatan. Daripada pemerhatian saya, mereka dapat menghantar bola kepada rakan namun teknik yang mereka gunakan masih kurang tepat dan ini menyebabkan hantaran mereka kurang tepat ke kaki rakan yang menunggu untuk menyambut hantaran.

“ hantaran menjadi kurang tepat kepada rakan kerana teknik yang digunakan kurang tepat dan ini melambatkan pergerakan rakan.” (Nota Lapangan, 4/5/2015)

Bagi membantu murid-murid ini, saya melakukan demonstrasi bagaimana melakukan tendangan leret yang betul untuk menghantar bola kepada rakan. Saya menggunakan ansur maju daripada statik ke bergerak dan daripada pemerhatian saya, murid-murid ini akan bermasalah apabila melakukan tendangan leret secara bergerak. Oleh itu, saya lebih banyak menekankan ansur maju sepanjang sesi P&P tersebut dan dibantu dengan permainan kecil yang meneguhkan lagi ansur maju yang telah dilakukan.

Pada sesi pengajaran saya yang seterusnya, saya mengajar murid-murid tahun 4 Ibnu Rusyd ini bagaimana untuk menyerkap bola. Kemahiran ini memerlukan murid untuk menghantar bola kepada rakan dalam jarak dekat dan sederhana. Semasa murid menjalankan aktiviti, saya mendapati bahawa tendangan leret yang digunakan untuk menghantar bola kepada rakan masih lagi menggunakan teknik yang salah dan hantaran menjadi kurang tepat. Ini menyukarkan rakan untuk menyerkap bola dengan baik. Oleh itu, saya lebih menggunakan permainan kecil berkumpulan dalam sesi pengajaran kali ini untuk memberi mereka ruang untuk berinteraksi sesama sendiri dan pada masa yang sama, mempelajari teknik yang betul daripada rakan sebaya mereka yang mengetahui teknik tendangan leret yang betul kerana murid lebih selesa untuk berinteraksi dengan rakan yang sebaya dengan mereka.           

“hantaran murid kurang tepat kepada rakan kerana teknik tendangan leret yang digunakan adalah kurang tepat. ( Nota Lapangan, 6/5/2015)

Mengajar adalah proses penyebaran ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang. Tujuannya ialah supaya pelajar dapat mempelajari, menguasai dan meningkatkan proses pembelajaran dengan baik (Gagne, Briggs & Wager, 1992). Guru seharusnya berusaha ke arah merangsang minat pelajar untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Usaha tersebut memerlukan guru menyampaikan konten pelajaran dan menggunakan pelbagai strategi mengajar yang bermakna dan berkesan.

            Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan berkesan jika pendekatan dan strategi pengajaran yang sesuai digunakan. (Wee Eng Ho, 2009). Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu.

 

 

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Fokus kajian saya adalah meningkatkan kemahiran tendangan leret dalam menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki dan menilai sejauh mana keberkesanan kaedah latih tubi dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran tendangan leret dalam menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki.

 

 

 

 

2.1 ISU KAJIAN

Salah satu tunjang dalam Pendidikan Jasmani ialah Kemahiran dan di dalam tunjang ini, kemahiran yang diajar adalah kemahiran daripada sukan-sukan utama di Malaysia seperti bola sepak, sofbol, hoki dan lain-lain lagi. Kemahiran yang diajar ini adalah sebagai ransangan kepada murid untuk lebih meminati dan menceburkan diri di dalam sukan-sukan yang diajar di sekolah.      

 Salah satu sukan yang kemahirannya diajar di sekolah ialah bola sepak.  Bola sepak merupakan sukan yang paling popular di Malaysia dan dimainkan hampir di seluruh pelusuk negara tidak mengira umur, jantina dan warna kulit. Ketika saya mengajar kemahiran dalam bola sepak untuk murid kelas Tahun 4 Ibnu Rusyd, saya mendapati satu masalah adalah hantaran kepada rakan menggunakan tendangan leret. Teknik tendangan leret yang digunakan adalah kurang tepat dan bola yang dihantar kepada rakan seringkali tersasar dan tidak tepat kepada rakan yang menunggu untuk menyerkap bola. Masalah ini mungkin sekali berlaku kerana murid beranggapan bahawa menggunakan tendangan leret untuk melakukan hantaran kepada rakan sudah cukup tanpa perlu memikirkan ketepatan dan teknik yang betul untuk melakukannya.

            Dalam menyelesaikan masalah ini, pengkaji menggunakan kaedah latih tubi yang dibantu kaedah ansur maju perlakuan untuk membentuk teknik yang betul daripada asas. Teknik yang hendak dibentuk ialah teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki. Penggunaan latih tubi dan ansur maju dalam sesi Pendidikan Jasmani diharap dapat membantu untuk membentuk teknik perlakuan yang dikehendaki dan sekaligus meningkatkan penguasaan kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki. Oleh itu, penggunaan pelbagai deria yang ada pada murid amat berguna untuk membentuk teknik perlakuan yang betul di kalangan murid.

 

 

 

 

2.2 TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH

Daripada pemerhatian yang saya lakukan sepanjang sesi pengajaran di dalam kelas, saya melihat kesilapan yang ketara pada teknik perlakuan murid-murid tahun 4 ini adalah menggunakan bahagian atas kaki untuk melakukan tendangan leret kepada rakan.

Gambar 1 : Teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan yang    salah yang dilakukan oleh murid.

                                 

Gambar 2 : Teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan yang salah dilakukan oleh murid.

 

 

Teknik perlakuan tendangan leret yang betul untuk menghantar bola kepada rakan adalah menggunakan bahagian dalam kaki kerana ianya lebih tepat dan lebih mudah.

Gambar 3 : Teknik Tendangan Leret yang betul.

Instep kick is more precise than the toe kick in an unstressed movement                               

( huddlestone & huddlestone, 2003)

            Teknik perlakuan untuk tendangan leret yang tepat akan memberikan pasukan ruang bagi menguasai perlawanan kerana hantaran yang dilakukan kepada rakan akan tepat kepada rakan dan rakan yang menerima hantaran akan dapat menyerkap hantaran dengan mudah dan tepat. Tendangan leret yang menggunakan bahagian dalam kaki akan menambahkan ketepatan hantaran dan pada masa yang sama, akan menambah peluang pasukan untuk menjaringkan gol.

The ability to make short passes within a confined space is an important skill for successful players. Accurate passing is important for maintain possession and for setting up goal scoring opportunities. (Ermanno Rampinini,2008)

            Tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki merupakan teknik menghantar bola kepada rakan yang paling tinggi ketepatannya jika dibandingkan menggunakan bahagian atas kaki dan bahagian dalam kaki. Untuk mengajar murid-murid sekolah teknik yang betul, teknik tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki adalah teknik yang paling sesuai dan paling mudah untuk diajar kepada murid.

The inside of the foot is used to move the ball with accuracy a short to moderate distance. This pass is the most important pass and should be used often, so give your players plenty of opportunities to practice it frequently.                                    

(Lindsay Blom & Tim Blom, 2009)

 

Selain daripada teknik yang betul menggunakan bahagian dalam kaki, anggota tubuh badan yang lain turut memainkan peranan dalam memastikan tendangan leret yang dilakukan tepat kepada rakan yang menunggu. Kebanyakan murid menggunakan kaki kanan untuk menendang bola dan perlakuan ini hendaklah diikuti dengan kedudukan postur badan yang betul seperti postur pinggang (pelvis) dan kaki dominan yang betul untuk menghasilkan tendangan leret yang baik dan tepat kepada rakan. Dengan gabungan antara teknik kaki yang tepat dibantu dengan postur badan yang baik, tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki akan menjadi semakin baik dan ketepatan hantaran akan meningkat.

 

To impact the ball with the medial aspect of the foot in the pass kick, the player orients the pelvis, the right leg, and the foot more toward the right and introduces a medial component of foot velocity. (J Levanon, J Dapena,1998)

Pelaksanaan teknik yang betul hendaklah dibantu dengan permainan bersyarat atau permainan kecil yang akan membantu bukan sahaja meningkatkan minat murid untuk menyertai sesi latihan malah akan turut membentuk perlakuan yang betul ketika murid melakukan aktiviti. Model permainan kecil dan permainan bersyarat yang boleh digunakan ialah menggunakan model “Teaching Games For Understanding (TGFU) approach” yang diperkenalkan oleh Bunker & Thorpe pada tahun 1982. Di dalam model ini, terdapat beberapa permainan ubahsuai yang direka khusus untuk membantu murid.

1.      ‘Game Sense’ (den Duyn, 1997),

2.      ‘Games for Understanding’ (Bunker & Thorpe, 1982),

3.      ‘Play Practice’ (Launder, 2001)

4.      ‘Games Concept Approach’ (Wright, Fry, McNeill, Tan, Tan & Schemp, 2001, cited in Light, 2003).

           Permainan ubahsuai dan permainan kecil mampu memberi impak yang baik kepada peneguhan teknik perlakuan yang ingin dilihat daripada murid. Di samping murid bermain, murid akan dapat untuk mempelajari teknik perlakuan yang betul dengan gembira dan tidak tertekan untuk mencapai perlakuan yang dikehendaki.

 

 

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

Tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki di dalam permainan bola sepak merupakan kemahiran yang penting untuk dikuasai kerana di dalam bola sepak, hantaran tepat kepada rakan adalah amat penting bagi mengekalkan penguasaan bola dan merencana taktikal serangan. Kemahiran ini hendaklah dikuasai menggunakan teknik perlakuan yang betul dan akan memberi hasil hantaran yang baik.

Oleh itu, Kajian Tindakan bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran guru dan pada masa yang sama, meningkatkan penguasaan murid di dalam kemahiran yang diajar. Dalam konteks kajian ini, kajian tindakan akan menjadi peluang bagi guru untuk meningkatkan amalan pengajarannya dalam kemahiran tendangan leret ini kepada murid-murid dan memperbaiki sebarang masalah pembelajaran yang timbul semasa sesi pengajaran.

 

 

 

 

3.1 OBJEKTIF  UMUM KAJIAN

i.          Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang pentingnya mempelajari teknik yang betul bagi meningkatkan teknik tendangan leret bola sepak.

ii.         Meningkatkan pencapaian sekolah  dalam kejohanan Bola Sepak Pembangunan Bawah 10 Tahun Daerah Jerantut yang akan datang dengan menguasai kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki untuk diaplikasikan sewaktu pertandingan.

3.2 OBJEKTIF  KHUSUS  KAJIAN

i.          Meningkatkan kebolehan dan kemahiran pelajar dalam melakukan teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki.

ii.         Mempertingkatkan amalan pengajaran guru dalam mengajar kemahiran ini untuk membolehkan murid-murid memahami teknik tendangan leret yang betul dan membuat hantaran yang tepat kepada rakan.

iii.        Meningkatkan penglibatan dan kemahiran murid melalui kaedah pengajaran kemahiran yang kreatif dan inovatif.

 

3.3 PERSOALAN KAJIAN

i.            Sejauh manakah kaedah latih tubi dapat membantu meningkatkan kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki ?

ii.            Sejauh manakah teknik tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dapat meningkatkan ketepatan hantaran bola kepada rakan?

iii.            Sejauh manakah kaedah latihan “mike-style” dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki ?

iv.            Sejauh manakah pencapaian murid apabila diuji selepas tempoh rawatan selesai?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan saya ini ialah 10 orang yang terdiri daripada pemain Pasukan Bola Sepak Pembangunan Bawah 10 yang merupakan pemain pasukan bola sepak B sekolah ketika kejohanan Bola Sepak Peringkat Zon antara sekolah yang lalu. Murid ini telah diuji ketika sesi pengajaran Pendidikan Jasmani dan mereka melakukan teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki yang kurang tepat walaupun sudah ditunjukkan oleh guru dan mereka sendiri telah diajar menggunakan kaedah ansur maju sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid ini akan menjadi subjek kajian kepada kaedah latih tubi yang dirangka dan perintis kepada kaedah latihan “mike-style”.

BIL

NAMA

UMUR

JANTINA

1

Amar Qayyum Bin Nordin

10 Tahun

Lelaki

2

Amir Zakwan Bin Rohaizat

10 Tahun

Lelaki

3

Muhammad Bahri bin M. Nazeri

10 Tahun

Lelaki

4

Megat Ikmal Haris Bin Mohd Zaid

10 Tahun

Lelaki

5

Adly Hakimie Bin Mohd Asrul

10 Tahun

Lelaki

6

M. Kamrulzaman Bin M. Zuki

10 Tahun

Lelaki

7

Amin Ameruddin Bin Ruslim

10 Tahun

Lelaki

8

M. Hakimi Hakim Bin M. Naser

10 Tahun

Lelaki

9

Akmal Danish Bin Abdul Wahid

10 Tahun

Lelaki

10

Danial Haris Bin Afzainizam

10 Tahun

Lelaki

 

Rajah 1 : Senarai nama kumpulan sasaran

5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

Dalam melaksanakan kajian ini, saya perlu merancang dengan rapi perancangan yang saya mahu lakukan agar saya tidak terlepas pandang sebarang perkara yang mungkin akan merencatkan kajian saya nanti. Oleh itu, adalah penting bagi saya mengenalpasti dan merancang terlebih dahulu langkah-langkah tindakan tentang bagaimana untuk membantu mengatasi masalah murid-murid ini dan menganalisis data nanti.

 

5.1 PERANCANGAN LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

Langkah-langkah tindakan yang telah saya rancang dan akan saya laksanakan ini adalah berasaskan kepada 2 bahagian iaitu ;

i.     Pengajaran teknik perlakuan yang betul.

Di dalam pengajaran teknik perlakuan yang betul, saya akan menggunakan beberapa kaedah yang akan membantu saya untuk mengajar teknik perlakuan yang betul. Kaedah yang digunakan adalah untuk menggunakanteknik tendangan leret secara ‘L’ bagi meningkatkan penguasaan kemahiran yang baik dan membuat hantaran kepada rakan yang lebih tepat.

 

ii.   Latih tubi

Latih tubi yang dikembangkan menjadi beberapa aktiviti untuk menjadi pengisian langkah-langkah tindakan yang akan dijalankan.

 

 

 

 

 

a.       Ansur Maju

Ansur maju amat penting dalam membentuk teknik perlakuan tendangan leret untuk  menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki yang betul di kalangan murid-murid ini. Ansur maju ini akan membentuk perlakuan yang betul seperti di bawah :

v  Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan

hampir lurus. Mata memandang bola.

v  Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan

sedikit ke hadapan. Kaki sokongan dibongkokkan sikit.

v  Tendang di bahagian tengah bola.

v  Pastikan bahagian dalam kaki dan bahagian bawah lutut membentuk huruf ‘L’ sehingga 45 darjah.

v   Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

 

b.       Demonstrasi guru

·         Dalam langkah ini, guru akan menjadi pemudahcara dalam semua aktiviti dengan menjadi penunjuk cara sebelum murid melakukan sebarang perlakuan teknik yang dikehendaki. Guru terlebih dahulu akan menunjukkan cara tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki secara static menggunakan teknik ‘L’ sebelum bergerak kepada perlakuan yang dinamik dan bergerak. Sebelum melakukan sebarang demonstrasi, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memahirkan diri dengan perlakuan yang hendak diajar kepada murid. Namun, guru boleh meminta murid menjadi penunjuk cara seandainya perlakuan tersebut mudah difahami oleh murid.

Untuk bahagian latih tubi pula, guru akan menggunakan satu kaedah latihan yang digunapakai di salah sebuah kelab di England untuk  mengajar pasukan bawah 12 tahun dan 15 tahun. Kaedah latihan ini telah diubahsuai dan dibentuk agar dapat menarik minat murid untuk menyertai latihan dan meningkatkan kemahiran tendangan leret mereka. Kaedah latihan yang diubahsuai ini disesuaikan pula dengan konsep “play practice” yang terkandung di dalam Model Bunker & Thorpe.

i.   Latihan “mike-style”

Latihan ini diubahsuai daripada kaedah latihan “passing,receiving and combination play” yang direka oleh Steffen freund, Jurulatih kelab DFB yang berpengkalan di England. Latihan yang telah diubahsuai ini lebih memfokuskan kepada hantaran leret dan perlakuan menggunakan bahagian dalam kaki untuk  menghantar bola kepada rakan. Berikut adalah perincian bagi setiap sesi.

a.       Memanaskan badan – latihan bayangan dinamika.

§  Memanaskan badan dengan melakukan latihan bayangan tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki sambil bergerak dan meregangkan otot-otot utama tubuh badan.

 

b.       Latihan 1 – tendangan leret ke dinding utk 5 minit

§  Murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki ke dinding dengan menggunakan bola secara individu untuk 5 minit.

 

c.       Latihan 2 – tendangan leret kepada rakan (berpasangan) utk 5 minit

§  Murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dengan menggunakan bola secara berpasangan dengan rakan selama 5 minit.

 

d.      Latihan 3 – tendangan leret ke antara 2 kon dalam jarak yang diubah-ubah

§  Murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dengan menggunakan bola secara individu ke antara 2 kon dalam jarak yang diubah-ubah bermula dengan 3 meter, 5 meter, 8 meter dan 10 meter.

§  Tempoh masa latihan 3 ini ialah selama 15 minit

 

e.       Latihan 4 – tendangan leret ke arah satu kon dalam satah lurus

§  Dalam latihan 4 ini, murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dengan menggunakan bola secara individu ke arah kon yang diletakkan dalam satah lurus pada jarak 3 meter, 5 meter dan 7 meter.

 

f.        Latihan 5 – permainan bersyarat (diubah-ubah utk setiap sesi)

§  Permainan bersyarat akan dijalankan secara 1 minggu 1 permainan bersyarat yang diulang-ulang dalam sesi latihan sehingga lengkap 1 minggu.

§  Permainan bersyarat akan dijalankan secara berkumpulan.

 

g.      Cooling-down – tendangan leret perlahan ke arah rakan sambil berjalan perlahan.

§  Murid akan berjalan perlahan dan melakukan tendangan leret yang perlahan kepada rakan sambil melakukan kenduran otot. Perlakuan ini sedikit-sebanyak memberi penekanan kepada tendangan leret walaupun perlahan kerana murid sedang melakukan kenduran otot waktu ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5.2 CARA PENGUMPULAN DATA

i.          Pemerhatian

·         Guru akan membuat pemerhatian dengan menggunakan rakaman video terhadap penguasaan kemahiran oleh murid semasa guru mengajar kemahiran untuk setiap sesi. Guru akan membuat analisis berdasarkan rakaman video tersebut. Guru juga akan meminta bantuan daripada guru lain yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bola sepak untuk turut sama membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru.

ii.         Borang skor

·         Berdasarkan pemerhatian, guru akan membuat borang skor bagi mengukuhkan lagi pemerhatian yang dibuat. Borang skor itu akan mengandungi aspek-aspek yang akan dinilai oleh guru dalam tindakannya.

 

Nama Murid

 

Teknik berdiri

 

Teknik menyepak bola

 

Ketepatan hantaran

Amar Qayyum Bin Nordin

Amir Zakwan Bin Rohaizat

Muhammad Bahri bin M. Nazeri

Megat Ikmal Haris Bin Mohd Zaid

Adly Hakimie Bin Mohd Asrul

Danial Haris Bin Afzainizam

 

Rajah 1 : Contoh Borang skor penilaian perkembangan murid.

iii.        Nota lapangan

Guru akan menggunakan nota lapangan sebagai catatan tentang apa yang berlaku semasa sesi latihan murid-murid ini. Nota lapangan ini juga adalah sebagai salah satu instrumen pemerhatian bagi mengesan kemajuan murid dan keberkesanan latihan yang direka.

iv.        Fotografi

Guru akan menggunakan kaedah ini sebagai alternatif kepada rakaman video yang dibuat semasa pemerhatian. Fotografi akan menjadi salah satu bukti yang kukuh untuk mengesan peningkatan penguasaan yang dilakukan oleh murid. Teknik fotografi ini juga sebagai salah satu pelan kontigensi sekiranya video yang dirakam tidak dapat dianalisis atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

 

5.3 CARA MENGANALISIS DATA

Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan teknik menganalisis data kualitatif. Cara menganalisis data adalah seperti yang ditunjukkan di bawah :

i.         Pemerhatian - Pemerhatian berstruktur seperti borang skor akan dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus melalui senarai semak yang disediakan.

ii.        Borang Skor – Borang skor akan dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus.

iii.       Nota Lapangan – nota lapangan pula akan dianalisis dalam bentuk naratif dengan cara memerihalkan semula apa yang terdapat pada catatan nota lapangan pemerhatian serta menyebut petikan perbualan guru-pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (Morrison, 1993).

iv.                Fotografi – Fotografi dianalisis dalam bentuk naratif atau penceritaan dengan cara memerihalkan semula apa yang terdapat pada fotografi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

 

 

6.0 PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN KAJIAN

Pelan tindakan untuk kajian tindakan ini adalah diubahsuai daripada Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis (1988).

Langkah Pertama : Pengenalpastian Isu dan Masalah

Tinjauan isu dan masalah yang akan dikaji ialah mengenai kesukaran pelajar menguasai kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki dengan teknik perlakuan yang betul.

Langkah Kedua : Perancangan Tindakan

Bagi membantu menangani masalah ini, langkah-langkah tindakan yang hendak diambil telah dirangka dan dirancang dengan baik.

Langkah Ketiga : Perlaksanaan Tindakan

Dalam melaksanakan tindakan, setiap tindakan akan mengikut jadual pelaksanaan kajian tindakan yang telah dirangka dan akan sentiasa dikemaskini.

Langkah Keempat : Pemerhatian dan Menganalisis Data

Pemerhatian akan dilaksanakan sepanjang kesemua sesi latihan murid-murid ini dan pada penghujung sesi latihan, hasil dapatan data akan diperolehi dan dianalisis.

Langkah Kelima : Refleksi dan Penilaian

Hasil dapatan yang diperolehi akan dinilai untuk tindakan penambahbaikan pada masa akan datang dan untuk tujuan lanjutan kajian pada masa akan datang.

 

 

 

 

6.1 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Bil

Perkara

Cadangan Tarikh pelaksanaan

1

i. Mengenalpasti masalah murid di dalam      kelas.

04.05.2015

2

i. menganalisis nota lapangan.

ii. mengenalpasti masalah murid di dalam kelas.

iii. mengenalpasti fokus kajian.

06.05.2015

3

i. mengenalpasti kumpulan sasaran.

11.05.2015

4

i. menetapkan fokus kajian

ii. melakukan tinjauan literatur

13.05.2015

5

i. mula menulis kertas cadangan kajian.

ii. merancang langkah tindakan yang

          sesuai.

iii. merancang cara pengumpulan data.

iv. merancang cara menganalisis data.

18.05.2015

6

i. melaksanakan tindakan

ii. mengumpul data

25.05.2015

7

i. analisis data yang diperolehi

ii. membuat refleksi kajian

15.06.2015

8

i. membuat laporan kajian dan data

29.06.2015

9

i. pembentangan laporan kajian

06.07.2015

10

i. menjilidkan laporan kajian

26.07.2015

 

6.2 KOS KAJIAN

 

Bil

Bahan / item

Harga seunit

Jumlah

1

Kertas A4 80Gsm

RM 10.00 x 1

RM 10.00

2

Buku catatan Nota Lapangan

RM 3.00 x 1

RM 3.00

3

Comb-binding

RM 1.50 x 1

RM 1.50

4

Kertas Warna

RM 1.00 x 1

RM 1.00

Jumlah Keseluruhan

RM 15.50

 

6.2.1 Kelengkapan/alatan

            Kelengkapan atau alatan kajian seperti bola sepak dan kon diambil dari stor sukan Sekolah Kebangsaan Felda Kota Gelanggi 2.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7.0 SENARAI RUJUKAN

Buku Rujukan

Jurnal / kajian lepas

1.      Comparison of precision in the toe and instep kick in soccer at high kicking velocities. L.B. kristensen, T.Bull Andersen and H. Sorensen, department od sport science, University of Aarhus, Denmark diakses pada 15 Mac 2012.

2.      Rampinini E, Impellizzeri FM, Castanga C, Azzalin, Bravo DF, Wisloff U (2008) Effect of match-related fatigue on short-passing ability in young soccer players. Medicine and Science in Sports and Exercise Diakses pada 15 Mac 2012.

3.      Abstrak kajian daripada Comparison of the kinematics of the full-instep and pass kicks in soccer, J Levanon, J Dapena (1998), Medicine & Science in Sports & Exercise diakses pada 18 Mac 2012.

4.      Teaching Games for Understanding (TGfU) in primary and secondary physical education, Paul I. Webb et al (2006), Faculty of education,University of Wollongong, New Zealand

 

Laman Sesawang (Internet)

1.      http://peoplelearn.homestead.com/Penyelidikan2/Bab4TINDAKAN2.htmldiakses pada 14 Mac 2012

Online Book (Internet)

1.      Survival Guide for Coaching Youth Soccer, Lindsay Blom & Tim Blom, 2009 diakses pada 20 Mac 2012.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan